
Sulit
4 tahun
Keluar nanah sedikit di penis
saya berumur 23, saya mengalami kencing keluar nanah di penis dan terasa nyeri ketika membuang air kecil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pengeluaran nanah dari lubang zakar dan terasa sakit atau pedih ketika membuang air kecil.
Untuk makluman anda, masalah seperti yang anda perihalkan di atas boleh disebabkan oleh jangkitan pada saluran air kencing, atau lebih dikenali sebagai Urinary Tract Infection. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit lain selain jangkitan kuman.
Terdapat beberapa penyakit atau kondisi yang boleh dikaitkan dengan simptom anda iaitu:
- Jangkitan UTI pada salur kencing dan menyebabkan keradangan
- Jangkitan STI pada kelamin seperti bakteria, syfilis, kulat dan gonorrhea.
- Keradangan pada pundi kencing (Interstitial Cystitis)
- Jangkitan kuman pada darah (Bacteremia and Septicaemia)
- Jangkitan TB pada buah pinggang atau pundi dan salur kencing
- Penyakit buah pinggan seperti penyakit keradangan, tekanan darah tinggi, serta jangkitan kuman pada sistem penapisan buah pinggang.
- Batu karang pada buah pinggang atau salur buah pinggang yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
- Keradangan pada prostat (Prostitis)
- Penyakit auto-imun seperti Lupus dan penyakit Kawasaki
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Menurut mengenai sakit atau kepedihan ketika membuang air kecil, ia lebih tercederung kepada sebab jangkitan kuman pada salur kencing, sama ada disebabkan oleh UTI atau jangkitan STI yang boleh merebak melalui hubungan seks. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini agar mengetahui lebih tepat mengenai puncanya serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah