
Sulit
3 tahun
Keluar pendarahan selepas bersama
Salam Dr…sy wanita berumur 28tahun dan sudah berkahwin…sy ada masalah pendarahan…2minggu sy habis period…lepas 2minggu tamat haid sy ada bersama suami…selepas bersama sy dapati keluar darah bersama ketulan daging bersaiz
kecil…perut sakit macam senggugut…adakah sy keguguran atau sebaliknya? Sy pun dah buat checkup,dr bagithu sy tiada masalah apa apa…cuma sy nak lebih kepastian…sy harap dr boleh terangkan…terimakasih dr…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion - luka dalam serviks
- Luka dari vagina melecet
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan