
Sulit
5 tahun
Keluar period spotting kecil
Hi, saya wanita berusia 23 thn dan telah berkahwin. Pada 01/08/2019 sepatutnya tarikh saya akan period. Tetapi pada tarikh tersebut hanya keluar spotting kecil berwarna merah sahaja. Pada 02/08/2019 begitu juga, hanya keluar satu spotting kecil pada waktu pagi dan malam. Adakah ini tanda-tanda saya akan period?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Itu boleh jadi disebabkan oleh haid atau pendarahan akibat implantasi janin. Jika haid anda tetap tidak datang pada minggu berikutnya, anda boleh lakukan ujian upt atau terus ke klinik untuk pengesahan sama ada anda hamil atau tidak. Haid lewat juga boleh disebabkan oleh gaya hidup terlalu sibuk dan stres.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.