
aqem.aziz
5 tahun
Keluar sedikit darah selepas makan postinor 2
Saya telah makan postinor 2 ini pada 19/8 dgn dua biji sekali gus. Pada 29/8 ada sedikit keluar darah. Adakah darah itu menyebabkan saya hamil? Darah berwarna merah gelap

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Seandainya masih ragu dengan status kehamilan, sebaiknya puan melakukan pemeriksaan kehamilan sederhana menggunakan urine pregnancy test (UPT)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.