
Sulit
4 tahun
Keluar spotting coklat sederhana selepas seminggu period
Hai doktor. Setelah 15hb bulan november period saya adalah normal kadar period saya juga normal selama 7 hari. tapi kenapa selepas seminggu lebih habis period. harini dan tiga hari yang lepas. adakah normal saya mengalami spotting coklet selepas period?

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar lendir berwarna coklat selama 4 minggu.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kondisi kesihatan yang memungkinkan dan menjadi penyebab bagi masalah ini. Antaranya ialah:
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang pendarahan coklat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!