
Sulit
4 tahun
Keluar spotting coklat selepas habis haid. Sudah dua bulan menghadapi masalah ini. Mengapa dan apa puncanya
Saya berumur 28 tahun. Ada seorang anak berumur 2 tahun. Saya erkara ni terjadi dari bulan lepas (Okt 2020). Saya datang haid pada okt 2020 ialah pada 3 okt - 12 okt. SEMINGGU selepas habis haid. Saya perasan ada lendir coklat dalam kuantiti sedikit. Tapi hanya keluar pada 1 hari sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Manakala pada bulan ini. Saya datang haid pada 3 nov - 11 nov. LIMA hari selepas habis haid. Saya sedar keluar lendir coklat lg. Tapi sama seperti sebelum ini. Lendir coklat keluar dalam kuantiti sedikit dan hanya keluar 1 hari sahaja. Menurut doktor mengapa ini terjadi. Pada bulan lepas selepas keluar lendir coklat saya ada test upt selama 2 hari berturut. Tapi result adalah negative. Harap doktor dapat membantu saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi iaitu spotting. Spotting merupakan gejala pendarahan sedikit atau coklat. Ia boleh menjadi normal atau menandakan anda mempunyai masalah kesihatan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Berdasarkan keterangan, anda telah mengambil pil perancang. Ia boleh memberi kesan sampingan seperti mengubah kitaran haid anda samada lebih awal atau lewat, haid banyak atau sedikit. Gejala ini mungkin boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat tersebut. Walaubagaimanapun, untuk maklumat anda, spotting juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan disebabkan oleh implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih