Sulit
4 tahun
Keluar spotting di awal kehamilan
Hi Doc, sy sudah berkahwin dan ini kandungan pertama saya. kandungan berusia 6 minggu 3 hari. sejak dari 5 minggu lagi telah keluar spotting light brown bila tiap kali sy lap dengan tisu selepas buang air kecil. pada hari minggu tiada langsung keluar tapi bila hari biasa sewaktu sy bekerja. masih keluar spotting tersebut. saya bekerja office shj dan tidak mengangkat berat. dlm masa yang sama perut rasa cramp dan pinggan juga sakit serta lenguh. adakah itu tanda keguguran atau masih boleh di selamatkan lagi ? ubat kuat Rahim juga sy sudah makan atas saranan doctor panel sy pada minggu ke 5. tapi masih keluar spotting tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
Memandangkan anda sedang hamil, spotting adalah perkara normal untuk berlaku pada awal kehamilan. Walaubagaimanpun, sekiranya anda mengalami gejala seperti rahim sakit, sakit pinggang, pendarahan yang banyak dan berketul, demam, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.