
Sulit
5 tahun
Keluar susu dari payudara
Saya wanita berumur 19 tahun dan payudara saya keluar susu apabila saya memencitnya sedangkan saya tidak hamil apa sebab tertentu dia berlaku dan macam mana nak elakkan benda itu berulang lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cairan payudara atau susu yang keluar diluar waktu kehamilan boleh jadi normal kerana usia anda berada dalam usia subur. Akan tetapi, terdapat juga keadaan atau penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama, seperti:
- efek ubatan
- penyakit-penyakit lain seperti tumor
- terlebih rangsangan seperti rangsangan seksual
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.