
Sulit
5 tahun
Keluar tanda coklat lama
Saya wanita berumur 32 tahun. Selama ini period saya normal tetapi sejak kebelakangan ini, period saya tidak seperti biasa (selepas habis period selang sehari dua selepas itu keluar coklat semula untuk beberapa hari) tetapi masih period setiap bulan. Sekarang ini saya dah hari ke-4 hanya keluar coklat sahaja sedangkan jika diikutkan ini waktu period saya. Adakah ia normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca sebenar, Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.