Sulit
3 tahun
Kelusassr darah srmasa ovulation day
Saya nak tanya,pada 26/6 adalah hari terakhir dtg bulan dan keesokkan harinya saya melakukan hubungan intim bersama suami, saya mengambil pil postinor bagi mencegah kehamilan, saya masih tidak bersedia inginkan anak, yang menjadikan kemuskilan saya pada dua hari semasa dua hari ovulasi saya iaitu hari ini dn semalam saya keluar darah tapi saya tak pasti darah apa warnanya lebih kepada seperti darah fresh keluar dri faraj saya dia keluar dengan banyak semasa saya kencing dan keluar secara sedikit semasa aktiviti harian saya. Boleh saya tahu apakah maksudnya
3 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman anda pil Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia perlu diambil sebanyak 2 biji dan digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Antara kesan sampingan pil tersebut ialah mual/loya, muntah dan mengubah kitaran haid. Pendarahan tersebut mungkin antara kesan sampingan pil tersebut.
Jika anda ingin merancang untuk tidak mengalami kehamilan, anda disarankan untuk mengambil perancang keluarga jangka masa panjang. Pil ini tidak sesuai untuk mengelakkan kehamilan bagi jangka masa panjang. Anda akan mengalami masalah haid teratur yang menyebabkan pendarahan berlaku bila-bila masa.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.