
Sulit
4 tahun
Kelusr darah setaiap kali selepas bersama suami
selamat pgi doctor . maaf mengganggu . saya ingin bertanya . saya wanita berusia 24 tahun baru sahaja kahwin 6bulan, dan pjj dengan suami . kitaran haid saya normal setiap bulan iaitu 28 hari ke 31hari . datang tapi tersangkut sangkut seperti hari prtama hingga ke7, kemudian keluar darah semula pada hari ke 11,12,13,14,15 (lendir keputihan putih telur bercampur darah). namun, saya agak keliru samada itu darah haid atau darah selepas bersama . darah tersebut seperti lendir keputihan jernih dan didalamannya mempunyai sedikit darah . adakah disebabkan oleh faktor bersama atau itu darah haid . setiap bulan juga saya melaluinya . adakah normal jika keluar keputihan bercampur darah selepas beberapa jam bersama suami ? dan bagaimana mengatasi gejala ini kerana ingin merancang kehamilan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lebihan haid anda
- Trauma ketika melakukan hubungan seks
- Radang serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.