
anur39009
2 tahun
Kemaluan bengkak atau lebam
Salam doc … saya nak tanya kalau kemaluan lelaki bengkak atau lebam… mcm mna nak rawat ye ? Kene pergi urut ke mcm mna ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan saluran kencing
- Trauma pada zakar
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.