
Sulit
4 tahun
Kemaluan Bengkak dah 2 hari
Dr, saya nak bertanya. kemaluan saya Tiba-tiba bengkak dah masuk dua hari. adakah saya perlu buat pemeriksaan di hospital? apakah puncanya dr? boleh beri penjelasan. Yang saya dapati ketika lepas bangun dari tidur. ada beberapa ekor semut di atas katil. apakah itu penyebabnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kemaluan bengkak yang berlaku semenjak dua hari yang lalu.
Untuk makluman anda, gejala batang zakar yang bengkak boleh disebabkan oleh beberapa perkara, bergantung kepada rupa bentuk bengkak tersebut iaitu:
- Alahan kulit zakar atau pada batang zakar yang menyebabkan keradangan
- Keradangan pada batang zakar (Balanitis)
- Kanser zakar
- Keradangan pada salur kencing (Urethritis)
- Penyakit Peyronie (Peyronie’s disease) yang boleh disebabkan oleh penghasilan parut plak yang menjadi keras akibat kecederaan yang pernah berlaku sebelum ini. Bengkak ini boleh menyebabkan batang zakar kelihatan bengkok ketika ereksi.
- Jangkitan STI (Sexual transmitted infection) seperti bakteria, HPV, sifilis, HIV dan kulat (candidiasis)
- Penyakit Paraphimosis, iaitu penyakit zakar yang bengkak akibat kulit yang tersekat dibelakang kepala zakar. Perkara ini hanya boleh berlaku atas alat sulit yang belum disunat.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan siasatan visual serta ujian kesihatan lebih lanjut bagi mengenalpasti punca masalah anda dan mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah