
Anonymous
5 tahun
Kemaluan berbau ikan masin
saya ibu kepada 3orang cahaya mata… sejak kebelakangan ini sy dapati kemaluan sy berbau kurang enak… sy tidak menggunakan sebarang pencuci atau apa apa produk sekalipun…apa yg perlu sy lakukan? sy tiada keputihan yg teruk…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
- Vaginosis bakteria: Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan.
- Penyakit kelamin (STD).: Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina)
- Menopaus
- Radang disebabkan bahan kimia:Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.