
Sulit
5 tahun
Kemaluan berdarah perempuan
Saya wanita berumur 27 tahun. Hari ni 10 oktober 2019. Saya didatangi haid pada 27september 2019 dan habis pada 03 september 2019. Pada 04september saya bersama suami saya. Pada hari ini 10oktober 2019 kemaluan saya berdarah. Saya tidak pasti sama ada itu normal atau tak? Adakah saya berpenyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan pendarahan tersebut, antranya:
- Darah haid yang tidak teratur
- Pendarahan akibat kecederaan pada bahagian faraj
- Pendarahan implantasi kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.