
Sulit
4 tahun
Kemaluan bernanah dan kencing terasa pedih
Kemaluan saya bernanah dan kencing terasa pedih…
Adakah luka sebab saya kayuh basikal terlalu lama duduk atas saddle? Atau sebab lain…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kemaluan yang bernanah serta masalah kepedihan ketika membuang air kecil. Kemungkinan gejala yang anda hadapi tersebut berkait dengan aktiviti mengayuh basikal secara berpanjangan ataupun tidak. Namun, masalah kemaluan bernanah ini lebih dikaitkan dengan beberapa penyakit iaitu:
- Jangkitan STI (sexual transmitted infections)
- Jangkitan Syfilis yang menyebabkan Chancre
- Alahan kulit kelamin (Contact dermatitis)
- Keradangan kulit (Ekzema)
- Jangkitan kulat seperti Candidiasis
- Chancroid yang disebabkan oleh STI.
- Jangkitan kuman pada salur kencing yang merebak pada alat kelamin
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Penyakit kulit yang berkait dengan aktiviti menunggan basikal berpanjangan boleh dikaitkan dengan satu kondisi dinamakan sebagai Saddler Sores atau Saddle Rash yang menyebabkan jangkitan bakteria atau kulat pada celah kangkang akibat kelembapan yang berpanjangan pada kawasan tersebut. Ada kemungkinan ia juga boleh menyebabkan jangkitan yang merebak ke kawasan kelamin dan salur kencing dan boleh menyebabkan simptom-simptom seperti yang anda perihalkan. Namun, perkara ini jarang berlaku.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan siasatan lanjut mengenai kesihatan anda bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.