Sulit
4 tahun
Kemaluan bintik merah
Saya dewasa berumur 20. saya mendapati saya sakit di kemaluan. Apakah ubat yang sesuai bagi menghilangkan penyakit tersebut?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit dan bintik merah pada kemaluan seperti:
- Jerawat
- Jangkitan kelamin seperti gonorea atau herpes
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

































