
zazilaamelia49
4 tahun
Kemaluan gatal dan pedih pada waktu malam
saya remaja berumur 19 tahun , saya mengalami kegatalan pada kemaluan. pada waktu malam kemaluan akan terasa gatal . apabila saya hendak membasuh kemluan saya , kemaluan saya terasa amat pedih . bolehkah saya tahu apa punca tersebht dan cara untuk mengatasi nya , sbb saya memang betul ii sudah tk tahan .

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkaitan dengan masalah cik, ia boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan dan antaranya ialah jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
ekzema
lichen sclerosis
Jangkitan kandida (sejenis kulat)
Bacterial vaginosis
Chlamydia trachomatis
Gonorrhea
Trichomonas vaginalis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.