
Sulit
5 tahun
Kemaluan gatal Dan sedikit kemerahan
Sya wanita berumur awal 30an, mengalami kegatalan kemaluan sejak 2 hari yg lalu. Adakah normal bila keputihan berwarna seperti susu dan ketulan halus? Apabila dipegang seperti terdapat ruam pada dinding faraj.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasakan keterangan yang anda berikan, kegatalan serta bintikan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkita kulat
- Jangkitan virus HPV - ketuat
- Vaginosis bakteria
- Jerawat - akibat perubahan hormon
- Jangkitan kulit seperti sellulitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.