
atfateh
5 tahun
Kemaluan kebas/bengkak dan bernanah
Saya lelaki dan kemaluan saya bengkak/kebas , pedih bila kencing dan macam ada nanah , apakah nama penyakit,dan apa perlu sya buat??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah nanah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Apa yang boleh dilakukan untuk untuk mengelakkan penyakit ini adalah :
- Elakkan bertukar pasangan
- Pakai kondom sewaktu melakukan hubungan seksual
- Elakkan menjalinkan hubungan seksual sewaktu dijangkiti penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian.Terima kasih.