
arul_kamil96
5 tahun
Kemaluan kulit kering (lelaki)
Assalamualaikum,Saya berumur 23,sudah berkahwin…kulit kering dikemaluan akan berlaku selepas berhubungan…dan kepedihan pula terasa,tapi tiada luka,cuma merah-merah seperti melecet…(tidak melakukan scara ganas)sebab apa ya? Dan apa ubatnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kekurangan pelincir semasa hubungan intim, menyebabkan geseran kulit.
- Kulit anda yang terlalu kering.
Anda boleh cuba mendapatkan “lubricant”, pelincir untuk memudahkan hubungan intim anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.