Anonymous
6 tahun
Kemaluan mengalami kegatalan dan bengkak yg sukar untuk hilang
hai doctor , saya seorang remaja yg berumur 20 tahun , saya ingin bertanya mengapa saya mengalami kebengkakan pada kawasan kemaluan ( pernah mengalami abcess pada bahagian labia minora ) dan terasa gatal di kawasan tersebut akan tetapi tidak sakit ia cuma gatal dan terdapat discaj yang berwarna coklat , adakah ianya cyst ? atau jangkitan kulat sahaja . Dan perlukah saya mendapatkan rawatan ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada kemaluan anda. Antara penyebabnya adalah:
- Radang pada kawasan kemaluan akibat pemakaian pakaian dalam yang terlalu ketat atau kasar
- Jangkitan bakteria atau kulit
- Jangkitan kelamin
- Nanah atau cyst
Discaj yang berwarna coklat boleh jadi adalah normal tanda awal haid atau menunjukkan masalah seperti jangkitan kuman atau masalah penyakit kelamin yang lain.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan yang sesuai boleh diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































