rarasuperr46
6 tahun
Kemaluan mengeluarkan cecair putih selepas membuang air kencing
saya lelaki ber"umur 27 tahun .
saya mula rasa sakit , bila saya lepas membuang air kencing.
muncung kemaluan saya rase pedih dan mula keluar nya cecair putih …
Bagai manakah saya nak dapatkan rawatan atau ubat.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair putih yang keluar dari zakar anda serta gejala kepedihan boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan klamidia/gonorrhoea/trikomonas
- Jangkitan saluran air kencing dan sebagainya
- Penyakit kelamin
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.



































