
Sulit
3 tahun
Kemaluan pedih di bahagian depan
Sy lelaki sy ada masalah kemaluan pedih . Boleh tak sy nak tahu apa masalah dan penyakit yang sy alami skrng nii

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami ketidakselesaan anda akibat masalah kemaluan pedih. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala pedih pada kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- trauma
- alahan produk kebersihan
- iritasi atau radang kulit
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- jangkitan yis
- jangkitan bakteria
- sexually transmitted disease
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.