Sulit
6 tahun
Kemaluan Sakit dan Keluar Angin
Saya wanita umur 23 tahun belum berkahwin dan tak pernh berhubgan kelamin. Saya datang period 22 Sept. Dan skrng msih ada sikit2 drh keluar. Saya perasan start 30 Sept,
- Kemaluan rasa pedih sikit apatahlagi apabila buang air kecil.
- Saya rasa macam kemaluan sy ni kluar angin. Tiba2 klu duduk ke berjalan ke. Sy pun pelik.
Boleh saya tahu knpe?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kesakitan pada kemaluan terutamanya ketika membuang air kencing boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































