
Sulit
4 tahun
Kemaluan sakit ,pening kepala dan mual selepas melakukan seks
saya wanita berumur 20 an dan saya mengalami sakit dan luka di bahagian kemaluan ketika melakukan hubungan seks .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi sakit ketika melakukan hubungan seksual. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan - jangkitan kelamin (STI), seperti klamidia, gonorea atau herpes genital
- Kekurangan gairah seksual
- Vaginismus - keadaan di mana otot di dalam atau di sekitar faraj tertutup rapat, menjadikan seks menyakitkan atau mustahil
- Iritasi alat kelamin atau alergi yang disebabkan oleh spermisida, kondom lateks atau produk seperti sabun dan syampu
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.