
Anonymous
6 tahun
Kemaluan saya keluar lendir
Saya lelaki dalam 20 an . Saya melihat kemaluan saya keluar lendir ? Apakah penyakit ini

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, lendir dari alat kelamin keluar disebabkan beberapa perkara
Lendiran normal
- Air mazi
- Air mani
Lendiran abnormal
- Nanah
Lendiran yang tidak normal seperti nanah biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin seperti:
- Gonorrhoea
- Klamidia
- Herpes
- Trichomonas
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!