
Sulit
4 tahun
Kemaluan sentiasa gatal-gatal
Saya di peringkat awal kehamilan dan setiasaengalami gatal-gatal di kemaluan.saya tak pasti apakah puncanya kerana saya hanya mengalami keputihan ringan sahaja.saya atasi masalah tersebut dengan mencuci dengan air garam.selamatkah tindakan tersebit kepada kehamilan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penggunaan estrogen secara ubat makan
Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
Menghidap penyakit kelamin
Mencuci kemaluan dengan air garam tidak memberi kesan kepada kandungan anda. Maka, anda tidak perlu risau. Akan tetapi, untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai, amat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor kerana puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.