
Sulit
5 tahun
Kemaluan sering rasa gatal terutama bila waktu nak period atau selepas period
doctor saya pernah alami herpes pada kemaluan pada tahun 2016 mulanya ia hanya ada 1 bentuk seperti cacar air, dan bentuk tersebut pecah akibat saya mengarukannya akibatnya tumbuh 7 lagi bentuk tersebut. saya dah makan ubat herpes diberikan oleh doctor… namun sekarang jika kemaluan terasa gatal saya akan cepat2 sapu ubat dibeli pda farmasi dan sapu dekat faraj. soalan saya di wini doctor adakah jika saya membuat blood test , ujian darah saya akan terpapar pernah alami penyakit herpes atau pun penyakit kelamin? saya takut doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kemaluan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj seperti kandidiasis
- Penyakit kulit seperti ekzema atau lichen planus
- Jangkitan herpes genital
Untuk mengurangkan gejala kegatalan yang berlaku, anda boleh amalkan beberapa langkah seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.