Sulit
4 tahun
Kemaluan sy keluar nanah
Sy afizul umr 31 kemaluan sy keluar Nanah dh sush nk buang air
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah kemaluan mengeluarkan nanah dan mengalami kesukaran untuk membuang air. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Kurang penjagaan kebersihan
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Alahan kepada bahan pencuci
Namun begitu, masalah yang disebutkan boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan saluran kencing
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Saluran kencing tersumbat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































