Sulit
4 tahun
Kemaluan sy rase gatal gatal
Dua hari ni sy rase tk slesa sbb kemaluan sy gatal2 n mcm ad biji2 kecil… Ape ye
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kegatalan di kemaluan boleh disebabkan:
- Jangkitan virus seperti Herpes genital dan HPV virus
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit kelamin berjangkit seperti gonorrhoea
- Jangkitan kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

































