Sulit
5 tahun
Kemaluan terkena infection tapi masih negatif penyakit
Saya terkena jangkitan kerana amal sex tidak selamat tanpa kondom…
Tp masih negatif bagi sebarang penyakit…sudah 1bln lebih…
Sudah di injection dan ubat lebih 5kli telah diberi…last injection 7hri lepas…sudah banyak berkurangan…tapi tiba tiba saya bangun tidur saya nak buang air kecil…keluar cecair putih lg…apa punca nya doctor??bantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar cecair putih pada zakar. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah


































