
Sulit
4 tahun
Kemaluan tidak mengeras akibat beronani.adakah bersenam dapat mengeraskan semula?
Hai.saya berumur 13.dulu saya ketagihan beronani ataupun melancap.tiba tiba kemaluan saya tidak mengeras.dia mengeras tetapi tidak tahan lama.saya sudah berjanji dengan diri saya supaya tidak melacap lagi.jadi soalan saya ialah apakah yang perlu saya buat untuk mengeraskan kemaluan saya semula.adakah dengan bersenam dapat mengeraskan nya semula?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan yang anda berikan di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam masalah ini. Untuk pengetahuan anda, mati pucuk boleh berpunca daripada beberapa perkara iaitu:
- kencing manis atau penyakit darah tinggi
- penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
- kecederaan pada saraf
- masalah hormon testosterone
- merokok
- stress
- obesiti
- kurang aktiviti fizikal
Risau tentang kesihatan seksual anda? Jangan biarkan ia menganggu anda
Antara rawatan yang boleh diamalkan adalah mengamalkan hidup yang sihat seperti:
- meningkatkan aktiviti fizikal
- mengurangkan stress
- mengurangkan berat badan
- berhenti merokok
Akan tetapi jawapan ini hanya lah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penjelasan dan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk menghubungi dengan doktor kami di atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah