
Sulit
5 tahun
KEMALUAN yang mengeluarkan Cecair Nanah
saya bujang dan berumur 28 tahun , masalah yang saya hadapi adalah kemaluan saya mengeluarkan cecair nanah dan saya amat khuatir sekiranya membiarkan masalah ini berlarutan . masalah ini timbul setelah 4 hari selepas saya melakukan hubungan seksual dengan pasangan . saya sedari cecair ini membuatkan saya untuk sukar membuang air kecil . saya hanya berfikir kemungkinan ini hamyalah kesan jangka pendek . tetapi nampaknya sehingga hari ini sudah masuk 5 hari saya melalui perkara yang sama . cecair yang keluar dripada kemaluan sya ini tidak menimbulkan bau busuk tetapi cecair ini bukan sahaja mengakibatkan saya kurang selesa semasa menjalani kehidupan seharian , malah kesan cecair ini sangat membimbangkan saya jikalau saya tidak membersihkan serta merta kesan kesan cecair yang berada di kemaluan saya membuatkan seluruh seluar dalam saya terdedah oleh cairan tersebut . saya mengambil inisiatif untuk selalu menggunakan tisu buat masa ini untuk mengawal cairan ini mengenai seluar dalam atau mungkin jangkitan sampingan kepada bahagian bahagian yang terkena tempias cairan ini . apakah cara yang boleh saya gunakan sementara saya masih menghadapi kesukaran untuk bergerak kemana-mana klinik kesihatan atau hospital kerana faktor PERINTAH KAWALAN PERJALANAN (covid19) . apakah ubat ubatan yang saya boleh ambil sementara menguruskan pas perjalanan saya untuk membuat pemeriksaan sebenar di mana mana cawangan klinik atau hospital yang boleh menangani masalah khusus sperti ini . memandangkan pengurusan ini mengambil waktu atau pergerakan yang banyak , dan mungkin membuatkan saya kesakitan . saya rasa adalah lebih baik jikalau ada cara untuk mengelakkan masalah sya ini tmbah teruk . dan sebenaryan faktor kebimbangan wabak covid19 ini juga merupakan salah satu punca saya tidak begitu berkenan untuk ke hospital buat masa ini juga. sekiranya tuan doktor ada cadangan untuk saya be4tahan buat masa ini . saya amat memerlukan tunjuk ajar doktor pada masa ini . kerana saya menghadapi beberapa risiko kenderaan dan jarak ke bandar serta dalam kesulitan untuk buat beberapa perjalanan yang jauh , kerana masalah yang saya hadapi ini membuatkan saya merasakan kesakitan kadang kadang . contohnya saya mengalami kerisauan sekiranya ingin membuang air kecil . saya perlukan cadangan dotor buat masa ini . ter8ma kasih tuan doktor .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Lendiran tersebut juga berkemungkinan adalah air mani
Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, tanda-tanda yang mungkin mereka hadapi pada mulanya adalah rasa pedih ketika membuang air kecil serta keluar cecair jernih, setelah beberapa hari, cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah. Kadang kala, jangkitan merebak hingga ke bahagian epididemis dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian scrotum yang selalunya berlaku pada salah satu bahagian sahaja.
BAGI MASALAH YANG ANDA HADAPI, TIADA PENYELESAIAN SINGKAT DIRUMAH. Ia memerlukan antibiotik mengikut organisme yang telah anda jangkiti. Untuk mengetahui organisme apa, anda harus mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.