
sannoraetalisha
4 tahun
Kembang bawah cuping telinga
Saya wanita berumur 21 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 2 tahun. Yang ingin saya tanyakan adalah berkenaan tentang kembang bawah cuping telinga anak saya. Ianya semacam beguk tapi anak saya masih dapat menyusu dengan baik makan dengan baik walaupun sedikit dan anak saya kuat minum air cuma ada demam sikit. Kenapa doktor? Apakah penyakit anak saya sebenarnya? Adakah anak saya beguk atau penyakit lain? Minta bantuan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami memerlukan maklumat lanjut tentang kesihatan anak anda dan perlu melihat gambar bagi membuat kesimpulan tentang penyakit itu. Namun sekiranya apa yang dimaksudkan anda ialah bengkak di bawah cuping telinga, maka terdapat pelbagai sebab bagi masalah ini. Antaranya ialah:
- Kebengkakan kelenjar limfa (Disebabkan jangkitan)
- Kebengkakan kelenjar parotid
- Jangkitan di telinga
- Bisul
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.