
steven
2 tahun
Kembung bahagian bawah dada kanan
saya lelaki berumur 20 tahun mengalami bahagian bawah dada kanan yang tidak menyenangkan. Bahagian bawah dada kanan macam kembung dan selepas itu ia tidak kembung, tidak lama kemudian, ia kembali kembung. Adakah saya mengalami penyakit hati atau ia berkaitan fungsi hati ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda sebutkan boleh berpunca daripada:
- Jangkitan parasit/cacing dalam hati
- Radang hempedu
- Kista (cyst)
- Radang apendiks
Sekiranya anda mengalami gejala tambahan seperti demam, muntah, badan kekuningan, kurat badan mahupun berasa lemah anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.