
ecahgp92
5 tahun
Kembung perut, kurang selesa ketika bernafas & demam
Saya wanita brumur 28thn, belum brkahwin. Saya memgalami kembung perut, terasa sakit dibahagian atas pusat. Saya juga berasa kurang selesa di bahagian perut ketika bernafas terutama menarik nafas panjang. Saya memgalami demam di sebelah petang tapi bila mkn panadol keesokannya hilang demam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut yang dihadapi. Malangnya, saya kurang pasti dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Namun begitu, untuk makluman pihak anda, masalah anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Gastritis- keradangan perut disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terdapat banyak lagi kemungkinan yang boleh terjadi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutamanya jika masalah anda menjadi semakin teruk atau berlarutan sehingga menggagu aktiviti harian anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.