
Sulit
5 tahun
Kembung perut, pedih ulu hati
Hi DR, Saya wanita 20’an dan belum berkahwin. Sudah masuk 5hari saya mengalami kembung perut, pedih perut dan kerap kencing. Boleh dr terangkan secara terperinci tentang masalah yang saya hadapi…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan pundi kencing akibat jangkitan.
- Pedih ulu hati (Gastroesophageal reflux disease, GERD)
- Penyakit kencing manis (Kerap haus, kencing dan lapar).
- Masalah usus atau organ-organ yang terletak di kawasan sakit.
- Kehamilan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.