aaronivy9494
6 tahun
Kemungkinan kehamilan
Ada kemungkinan atau tidak untuk saya mengandung jika terlupa makan sebiji pil perancang?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sekiranya anda terlupa untuk mengambil sebiji pil perancang, anda perlu mengambil pil tersebut segera setelah diingati dan teruskan pengambilan pil yang lain seperti biasa. Sebagai langkah tambahan anda boleh memastikan pasangan memakai kondom bagi mengelakkan kehamilan dalam tempoh 7 hari anda lupa mengambil pil tersebut. Terdapat kemungkinan kecil untuk hamil jika pengambilan pil tidak tetap namun sekiranya anda mengambil langkah berjaga-jaga, peluang kehamilan akan masih kecil.
Sekiranya perkara ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































