Sulit

4 tahun

Kemurungan, anxiety and anti social

Saya seorang wanita 30 tahun. Tidak pasti sama ada mengalami masalah mental atau Bagaimana. Namun kawan saya sering mengata kan bahawa saya mempunyai simptom kemurungan. Saya dibesarkan dalam keluarga yang kurang kasih sayang. Oleh itu, saya sering merasa diri tidak berharga dan tidak ada yg sayang. Setiap kali saya mempunyai masalah atau dalam keadaan yg tidak bersemangat. Saya akan merasa malas dan mengurung diri dalam bilik selama lebih dua minggu dan Kadang sebulan. Saya tidak berminat kepada apa pun. Saya merasa diri saya serba kekurangan. Setiap kali saya tidak dapat handle masalah dan buntu. Saya sering merasa mati adalah Jalan penyelesaian namun saya hanya beniat tidak berani melakukan. Saya sering bersedih dan murung. Di hadapan orang saya akan berpura-pura tersenyum. Namun di belakang saya sering bersedih. Saya tidak pernah berkongsi kn segala isi hati saya dengan family. Kerana saya dan family tidak rapat, sering berjauhan dan tidak bertanya khabar. Masing-masing dengan hidup mereka. Setiap kali saya memperolehi pencapaian dalam hidup seperti memperolehi IJAZAH atau diploma. Mereka tidak teruja. Hanya menganggap biasa sahaja dan cuma mengucapkan tahniah. Kadang kala saya tidak tahu apa yang saya ingin kan dalam hidup. Saya tidak begitu bersemangat utk hidup normal. Saya mempunyai sikap panik bila be hadapan dgn org ramai, sering gemuruh yg tidak terawal. Setiap kali membentang di kelas saya akan cakap apa yg saya hafal dan rancang utk cakap. Saya sangat penakut. Sudah lama saya mengalaminya dan saya ingin berjumpa dengan doktor tapi saya menganggapnya biasa sahaja dan memikirkan ianya sia sia. Namun sehingga kini saya masih bersikap sebegitu hingga saya merasa ini menganggu kehidupan seharian saya sebagai manusia yang normal. Oleh itu saya memohon kepada doktor. Apakah saya mengalami kemurungan dan perlu berjumpa dengan doktor?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda, perasaan ingin mencederakan diri sendiri disertai rasa takut dan suka mengurungkan diri merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari tenaga pakar (perubatan).

Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:

  • gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
  • gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
  • gangguan keperibadian atau anti sosial
  • gangguan mental organik
  • dll.

Buat masa ini, anda telah melakukan langkah awal yang sangat penting, iaitu tidak takut untuk berdepan dan mencari pertolongan. Maka saya ucapkan terima kasih & tahniah kepada anda. Walau bagaimanapun, saya tetap merasakan cik perlu berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi di peringkat awal. Cik juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami juga nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.

Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat yang dipercayai
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
  • mendapat rehat / tidur yang secukupnya
  • sering keluar rumah dan berjalan-jalan (mengikut SOP semasa)
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

AdobeStock_109053148

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)