Sulit
4 tahun
Kemurungan atau depression
Saya merupakan majikan kepada pekerja saya yang mengalami kemurungan. Sebelum ini, dia ada mengambil ubat yang bernama Frenxit (Flupentixol) yang berada di India. Jadi, bolehkah doktor memberi cadangan yang lain selain daripada ubat ini yang berapa di caring pharmacy atau sebagainya. Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas pertanyaan anda.
Pertanyaan anda adalah tentang ubat yang boleh dibeli di farmasi untuk mengantikkan ubat yang diambil oleh pekerja anda.
Kami akan cuba membantu anda dengan penerangan kami.
Ubat yang diambil oleh pekerja anda tidak boleh dibeli tanpa disarankan dan dicadangkan oleh doktor pakar psikiatri.
Ubat ini atau mana-mana ubat lain yang berkenaan dengan masalah ini hanya boleh didapati dengan surat rujukan doktor selepas pemeriksaan penuh oleh seseorang doktor pakar.
Oleh yang demikian,disarankan pekerja anda menerima pandangan pakar psikiatri untuk menerima ubat yang tepat dan selamat.
Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi dengan kami supaya kami dapat membantu anda lebih lanjut.
Harap jawapan kami dapat membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik untuk bercakap dengan pakar psikiatri



























