
Sulit
4 tahun
Kemurungan berpanjangan
Saya berumur 16 tahun,saya telah mengalami kemurungan dari 2 tahun lepas sejak saya form 2 lagi,saya jadi macam ni sebab saya tak suka ke sekolah sebab tiada kawan di sekolah,lepastu saya mulalah buat perangai tak bangun ke sekolah dan berkurung di dalam bilik sampai saya kene buang sekolah,lepastu form 3 saya buat rayuan sekolah semula dan dapat sekolah balik,saya ingat tahun ni saya dapat mulakan hidup baru dengan ramai kawan malangnya saya masih tiada kawan sebab saya ni introvert susah sikit nak bergaul ngan kawan kawan,dan saya pun buat hal balik untuk tidak bangun ke sekolah dan mengalami kemurungan balik,yang saya tak suka pasal kemurungan ni adalah saya jadi cepat marah panas baran padahal masalah kecik je tetap jadi panas baran,lepastu saya asyik suka berjaga malam je lpastu bngun lewat,dalam fikiran saya ni rasa mcam saya ni memang dah yakde masa depan,saya rasa saya hidup ni macam takde function je,saya dah tktau nak buat ape dah sekarang,harap doktor boleh selesaikan masalah saya ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah tersebut, antaranya ialah:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan
- gangguan panik
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Diagnosis berkaitan mental/psikiatri perlu dibuat oleh pakar setelah pemeriksaan yang komprehensif dilakukan kepada anda. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna, Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.Terima kasih