
Sulit
5 tahun
Kemurungan selepas kematian suami
saya suri rumah lingkungan 35++ tahun,. telah kehilangan suami sudah 2 tahun,tapi saya masih belom boleh teruskan hidup bersama anak2, dengan pelbagai rasa yang masih terpendam dalam diri saya, membuatkan saya ilang arah tujuan hidup, menyendiri sejak dari kematian suami 2 tahun, saya tak tahu untuk fikirkan apa atau di mana tempat yg patut saya luahkan, sebab tiada siapa ahli keluarga yang faham keadaan dalam diri saya ini,… saya takut,sedih, resah,sunyi, tak tahu apa nk buat dengan hari2 saya sejak tiada suami disisi,…Bantu saya!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemurungan adalah satu diagnosis yang boleh ditegakkan oleh seorang doktor pakar psikiatri. Merujuk kepada keluhan-keluhan yang anda rasai, kemungkinan apa yang anda hadapi adalah salah satu daripada keadaan dibawah seperti:
- Gangguan penyesuaian juga dikenali sebagai adjustment disorder
- Keresahan dan kebimbangan umum juga dikenali sebagai anxiety
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Masalah kekurangan vitamin seperti vitamin B
- Akibat sesetengah jenis ubat-ubatan
- Penyakit autoimun dengan gejala mirip kemurungan seperti pada
- Kemurungan
Memandangkan keluhan ini telah berjalan selama hampir 2 tahun, ketahuilah bahawa untuk setiap penyakit yang tersenarai diatas, ada ubatnya. Buat masa ini, puan adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar dapat diberikan diagnosis yang benar seterusnya pengubatan dan terapi dapat dimulakan dengan segera. Hal ini adalah penting untuk diatasi agar masalah tidak memburuk dimasa hadapan.
Nasihat saya agar puan melakukan kunjungan ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan temujanji bersama doktor pakar dan kaunselor. Disamping itu, seandainya anda berasa memerlukan sahabat atau teman untuk berkomunikasi, silakan menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 603-79568145 secara percuma dan sulit.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.