
Sulit
5 tahun
Kemusykilan tentang pregnant
saya wanita berumur 24 tahun, dan baru jer habis period pada 15.8.2019, dan telah lakukan hubungan suami isteri, ada kemungkinan ker untuk saya pregnant ?? kerana payudara saya terasa sakit + 2 hari terasa loya tekak, dan satu lagi, period saya memang tidak teratur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kehamilan akan terjadi sekiranya anda bersama tanpa perlindungan (kondom) dan tanpa pencegahan kehamilan pada waktu subur (iaitu waktu dimana ovum ada untuk disenyawakan oleh sperma). Waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke-12 hingga hari ke-14 daripada hari pertama haid jika anda mempunyai kitaran haid yang normal iaitu sekitar 28-38 hari.
Seaindainya meragui anda hamil, sebaiknya anda langsung melakukan ujian air kencing kehamilan (UPT). Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Justeru, sebaiknya puan melakukan pemeriksaan UPT ulang ataupun melakukan pemeriksaan darah untuk mengkonfirmasi status kehamilan. Untuk mendapatkan diagnosis dan kesimpulan tentang keraguan anda, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih