
Sulit
5 tahun
Kenapa Dinding rahim tebal
Saya wanita berusia 26 tahun dan sudah berkahwin. Mempunyai masalah haid berpanjangan. Pernah beberapa kali membuat rawatan ultrasound dan doktor yang merawat saya semua mengatakan dinding rahim saya tebal. Sama ada hamil atau pun mahu period. Namun sewaktu melakukan ultrasound tersebut, saya baru sahaja habis waktu haid. Apakah punca dinding rahim saya tebal selain daripada punca kehamilan? Kerana upt saya belum pernah positif sepanjang usia perkahwinan 1 tahun 3 bulan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hyperplasia
- kanser endometrium (lapisan dalam rahim)
- Adenomyosis
- Fibroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.