
Sulit
3 tahun
Kenapa period saya tak behenti lagi..tq
Hi doktor, period say tak teratur, bulan June takde period. Pastu July, first few days hanya few drops yg keluar… Pastu dah start heavy period now dah lebih 13 hari tapi tak berhenti lagi, and heavy flow also

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai haid tidak teratur dan haid yang berpanjangan pada bulan ini. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid anda boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya :
- Gangguan tekanan
- Masalah berat badan, iaitu berat badan yang berlebihan ataupun berkurangan
- Masalah tiroid
- Penggunaan ubat perancang
- PCOS
- Sista ovari
- Fibroid
Kami tidak dapat menyimpulkan punca masalah anda secara tepat berdasarkan penerangan anda kerana ia adalah terlalu umum. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar sakit puan kerana haid yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah anemia (kekurangan darah). Anda juga boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor pakar kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan