
adilaammar23
4 tahun
Kenapa pusat keras normal @ sebaliknya
Ank sy 2y6m kenapa bila sentoh pusat die terasa keras normal ke?? Tetapi yg kakak 6y pusat die ok x de terasa keras…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan tentang kondisi anak anda. Untuk makluman anda, jawapan ini hanyalah maklumat umum yang boleh saya berikan secara atas talian. Pemeriksaan lanjut diperlukan untuk mengetahui kondisi sebenar anak anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Pada hemat saya, kondisi pusat anak anda mungkin normal. Lapisan tisu dan otot di bahagian pusat boleh menyebabkan kondisi pusat seseorang keras. Namun sekiranya anak anda mengalami simptom lain seperti :
- Kembung perut
- Cirit birit
- Sembelit
- Benjolan di sekeliling bahagian pusat
- Ketidakselesaan pada bagian perut
Sekiranya anak anda mengalami simptom diatas, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda ke Hospital atau Klinik berdekatan bagi pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi bersama Pakar. Terima Kasih.