Sulit
2 tahun
Kenapa saya dalam 3 bulan ni selalu datang haid sikit tapi lama
Syaa dalam 3 bulan ni selalu datang haid sikit tapi lama umur 20 tahun
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, kami memahami anda mempunyai masalah haid yang berpanjangan tapi dalam kuantiti yang sedikit, adakah ini betul? Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, haid berpanjangan boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
Gejala haid berpanjangan juga boleh berlaku akibat masalah yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dalam perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih