
Sulit
4 tahun
Kenapa saya mengalami masalah susah nak kencing? Bila kencing jadi sakit, air kencing kotor dan ada sedikit darah?
Kenapa saya mengalami masalah susah nak kencing? Bila kencing jadi sakit, air kencing kotor dan ada sedikit darah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Darah dalam air kencing dipanggil “hematuria”.
Antara penyebabnya sakit semasa kencing dan darah dalam air kencing adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor pakar kami yang arif dalam sistem air kencing iaitu urologist di sini. Terima kasih.