sarahalia574
5 tahun
Kenapa susah sangat klinik nak bagi saya merancang. Kata doktor kena tunggu 1 kita ran haid
Saya tahu kesian kalau tidak merancang. Doktor saya nak tanya kenapa perlu tunggu satu kitaran haid sebelum Boleh merancang. Saya ingin tahu SEbabnya? Boleh doktor terang kan. Saya adalah ibu kepada 4 orang anak.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, cara memulakan dan mengambil kaedah perancang kehamilan adalah berbeza mengikut kaedah yang anda ingin ambil. Biasanya penggunaan pil perancang boleh dimulakan pada bila-bila masa, namun bagi penggunaan suntikan, depo atau iud, anda biasanya akan dinasihatkan untuk menunggu satu kitaran haid bagi memastikan anda benar-benar tidak hamil.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk keterangan lanjut. Terima kasih.



































